Cari:
Kerajaan Kemboja Seru Rakyat Derma Darah
2015-06-15 15:55:20 CRI Cetak

Menteri Kesihatan Kemboja, Mam Bun Heng menyeru agar golongan pemuda negara itu proaktif mendermakan darah untuk membantu menyelamatkan lebih ramai nyawa. Seruan itu dibuat oleh beliau dalam satu aktiviti sempena Hari Penderma Darah Sedunia semalam.

Kata beliau, pendermaan darah dalam jumlah yang munasabah tidak menjejaskan kesihatan penderma, dan dapat membantu menyelamatkan banyak nyawa.

Kadar pendermaan darah hanya mencatat 4‰ di Kemboja pada masa ini. Menurut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar itu hendaklah mencapai 10‰ di Kemboja yang selaku sebuah negara membangun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China