Cari:
Duta Baharu China ke ASEAN Serah Watikah Pelantikan
2015-06-18 16:45:24 CRI Cetak

Duta Besar China ke ASEAN yang baharu, Xu Bu menyerahkan watikah pelantikan kepada Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh di Jakarta hari ini.

Xu berkata bahawa hubungan kerjasama China-ASEAN yang kini berada pada titik permulaan baharu dalam sejarah, mempunyai prospek yang lebih luas pada masa depan. Beliau komited melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi untuk menyumbang kepada peningkatan hubungan China-ASEAN.

Le Luong Minh merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan China kepada Sekretariat ASEAN selama ini. Beliau turut menyatakan kesediaan untuk mengukuhkan koordinasi dan kerjasama antara Sekretariat ASEAN dengan misi diplomatik China ke ASEAN bagi memperkasakan hubungan antara kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China