Cari:
Tidak Patut Cari Dalih dalam Penyelesaian Masalah Serantau
2015-06-19 15:10:05 CRI Cetak

Kesediaan untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian merupakan sikap yang betul untuk mengatasi masalah serantau yang realistik, dan tidak sepatutnya "mencari dalih" terhadap usaha penyelesaian masalah tersebut. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam.

Menyentuh tentang persoalan wartawan berhubung Bank Pembangunan Infrastruktur Asia(AIIB), Lu berkata, penubuhan AIIB yang disarankan China bertujuan memberikan bantuan yang benar-benar kepada pelbagai negara serantau untuk mengadakan kesulitian dalam proses perkembangan ekonomi, agar mewujudkan pembangunan bersama serantau.

Lu berkata, kini semakin banyak negara menyatakan kesediaan untuk menyertai AIIB. Perkara ini amat menggembirakan. Di samping itu, ia juga boleh difahami bahawa terdapat sesetengah negara tidak dapat menyertai bank itu buat sementara waktu. Tetapi, adalah tidak sewajarnya bagi sesetengah negara yang enggan menyertai AIIB, sering "mencari dalih" dalam hal ini.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China