Cari:
Jualan Kenderaan Lima Negara ASEAN Merosot
2015-06-22 11:50:45 CRI Cetak
Pada bulan Januari hingga Februari tahun ini, jualan kenderaan di Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina menurun 6.2% atau 31 ribu unit kenderaan bandingan dengan tempoh yang sama tahun lalu. Berbanding dengan permintaan yang tinggi pada tahun lalu, kemerosotan jualan kenderaan di rantau ASEAN menunjukkan kadar pertumbuhan industri automotif di rantau ini bergerak perlahan pada tahun ini.

Indonesia dan Thailand sebagai dua pasaran kenderaan utama di Asia Tenggara mengalami kemerosotan jualan dengan masing-masing menurun 6.2% dan 11.8%. Selain itu, jumlah penjualan kenderaan tidak meningkat di Malaysia. Walaupun industri automotif di Vietnam dan Filipina meningkat pada tahun ini, namun masih tidak dapat mengimbangi kemerosotan pasaran automotif di seluruh Asia Tenggara kerana kedua-dua negara hanya menduduki kuota yang kecil dalam pasaran automotif serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China