Cari:
Lawatan Delegasi Belia Kemboja ke China
2015-06-22 14:15:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Delegasi belia Kemboja yang terdiri daripada 100 orang mengadakan lawatan ke bandar Beijing dan Tianjin China pada 21 Jun hingga 25 Jun ini atas undangan Persekutuan Belia Seluruh China. Dalam tempoh lawatan di Beijing, anggota delegasi itu akan mengadakan interaksi dengan golongan belia China.

Ketua Delegasi Belia Kemboja yang juga Pengerusi Persekutuan Belia Kemboja, Hun Many, menyatakan bahawa inilah kali kedua bagi beliau mengetuai delegasi Kemboja melawat China. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Duta Besar China ke Kemboja, Bu Jianguo, interaksi golongan belia dapat menggalakkan perkembangan hubungan persahabatan kedua-dua negara. Beliau berharap lawatan kali ini dapat mengukuhkan hubungan kedua-dua negara dalam pelbagai bidang. Selain itu, beliau juga berharap agar delegasi belia China dapat diundang untuk melawat Kemboja demi peningkatan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China