Cari:
Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam Ikrar Perkasakan Kerjasama
2015-06-23 12:11:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pemimpin kerajaan Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam mengadakan sidang di Nay Pyi Taw, Myanmar semalam. Para pemimpin dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas sidang itu menyatakan bahawa kerjasama yang erat antara keempat-empat negara perlu diperkasakan melalui integrasi ASEAN dan melaksanakan hala tuju Komuniti ASEAN serta rancangan kesalinghubungan serantau.

Menurut kenyataan tersebut, keempat-empat negara bersetuju untuk menaiktaraf pintu masuk sempadan yang menyediakan perkhidmatan sehenti bagi memudahkan pertukaran perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pengangkutan. Selain itu, kempat-empat negara juga akan meningkatkan koordinasi dan penyelarasan berdasarkan rangka kerjasama Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS), sekali gus menjayakan koridor ekonomi bagi memudahkan pertukaran perdagangan dan kakitangan di kawasan sempadan antara keempat-empat negara.

Sidang kemuncak kali ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Perdana Meneteri Laos, Thongsing Thammavong, Presiden Myanmar, U Thein Sein dan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China