Cari:
Timbalan Presiden Filipina Letak Jawatan
2015-06-23 13:31:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Timbalan Presiden Filipina, Jejomar Binay, baru-baru ini mengumumkan untuk meletakkan jawatan dalam Kabinet. Dalam pada itu, anak perempuan Binay, ahli parlimen Marine Binay semalam berkata, bapanya meletakkan jawatan secara sukarela dan tidak ada apa-apa yang boleh mengubahkan keputusan beliau.

Binay sedang menghadapi siasatan kes rasuah. Rakan sekutu Presiden Filipina, Benigno Aquino III telah menjalankan siasatan terhadap Binay, anak lelaki beliau serta rakan kongsinya sejak beberapa bulan yang lalu. Siasatan tersebut melibatkan penerimaan bayaran komisen, sumber harta tidak dikenali, penipuan membida dan pengubahan wang haram.

Sebelum ini, Binay pernah menunjukkan kesediaan untuk bertanding dalam pemilihan presiden pada tahun 2016. Namun, Aquino menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan, Manuel Roxas, merupakan pengganti yang beliau gemari. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China