Cari:
Thailand Jalankan Ujian MERS-Cov kepada Pesakit Warga Asing
2015-06-23 14:36:47 CRI Cetak

Sebelum menerima pesakit warga asing, hospital dan klinik swasta Thailand diminta memastikan keputusan ujian virus Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-Cov) terhadap pesakit tersebut negatif.

Naib Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Thailand, Wachira Pengjuntr berkata, hospital tersebut perlu meminta pesakit warga asing menjalani ujian virus MERS-Cov sebelum memasuki Thailand, dan sekiranya keputusan ujian tersebut positif, pesakit tersebut dilarang daripada memasuki negara itu. Hospital tersebut juga diminta menasihati pesakit dari luar negara agar tidak menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Selepas pesakit MERS-Cov yang pertama dikenal pasti, tidak ada lagi kes baharu muncul di Thailand.

Kerajaan Thailand mendapati sebanyak 176 orang suspek telah terdedah kepada penyakit Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-Cov) selepas berhubung secara langsung atau tidak langsung dengan mangsa pertama wabak berkenaan di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China