Cari:
China, Indonesia Perluas Kerjasama dalam Pelbagai Bidang
2015-06-24 14:09:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Gagasan China untuk membina "Jalan Sutera Maritim Abad Ke-21" padan dengan rancangan "Paksi Maritim Dunia" yang dikemukakan oleh Indonesia. Kedua-dua negara perlu mempercepat penggabungan strategi pembangunan, menentukan projek kerjasama ekonomi dan perdagangan, sekali gus mewujudkan situasi menang-menang.

Demikian ditegaskan oleh Presiden China, Xi Jinping, ketika menghubungi Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menerusi telefon semalam.

Presiden Xi berkata, China bersedia untuk memperkasakan kerjasama dengan Indonesia dalam bidang kapasiti pengeluaran, tenaga elektrik, keluli dan besi, bahan binaan, solar fotovoltaik dan kewangan.

Jokowi menyatakan bahawa negaranya amat mengutamakan hubungan dengan China. Kini, Indonesia sedang berada dalam tempoh pembangunan yang kritikal. Oleh itu, Indonesia amat menanti-nantikan perluasan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China