Cari:
Lima Negara ASEAN Galak Kedamaian dan Pembangunan Serantau
2015-06-24 14:26:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam akan mempertingkatkan kerjasama demi mewujudkan kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau.

Demikian ditegaskan dalam pernyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin kelima-lima negara tersebut dalam Sidang Kemuncak Strategik Kerjasama Ekonomi Ayeyawady-Chao Phraya-Mekong (ACMECS) ke-6 yang diadakan di Nay Pyi Taw, Myanmar semalam.

Sidang kemuncak kali ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Perdana Meneteri Laos, Thongsing Thammavong, Presiden Myanmar, U Thein Sein, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha dan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung.

Sidang kali ini meluluskan Pernyataan Nay Pyi Taw dan Rancangan Tatalaku ACMECS Tahun 2016-2018.

Menurut pernyataan tersebut, lima negara tersebut menyokong pembinaan Komuniti ASEAN menjelang tahun 2015 dan rancangan pembangunan Komuniti ASEAN selepas tahun 2015, selain meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China