Cari:
Malaysia Dijangka Capai Pertumbuhan Sederhana Aliran Masuk Pelaburan Bersih
2015-06-25 12:11:56 CRI Cetak
Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan sederhana dalam aliran masuk pelaburan bersih tahun ini atau mengekalkan paras yang dicapai tahun lepas, hasil daripada keyakinan berterusan para pelabur.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Laporan Pelaburan Dunia 2015 oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).

Menurut Mustapa, aliran bagi suku pertama kelihatan menyokong unjuran tersebut, dengan pelaburan langsung (FDI) asing kasar tinggi sebanyak RM28.73 juta daripada RM26.01 juta yang dicatat dalam suku pertama tahun lepas. FDI global susut sebanyak 16 peratus kepada USD 1.23 trilion pada 2014 berikutan kerapuhan ekonomi global, dasar yang tidak menentu dan peningkatan risiko geopolitik.

Beliau berkata Malaysia kekal dalam kalangan 15 negara utama yang perusahaan multinasionalnya terus berkembang, walaupun keadaan global yang tidak menentu sekarang.

(sumber daripada BERNAMA Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China