Cari:
Sesi Perbincangan Ekonomi dan Perdagangan Guangdong, HK, Makau-Indonesia di Jakarta
2015-06-25 14:42:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sesi Perbincangan Ekonomi dan Perdagangan Guangdong, Hong Kong, Makau, China dan Indonesia diadakan di Jakarta semalam.

Kaunselor Kedutaan China ke Indonesia, Wang Liping, dalam ucapan tahniahnya berkata, China dan Indonesia dapat saling melengkapi dalam bidang sumber semula jadi, struktur perindustrian dan komoditi import dan eksport. Hal ini juga meletakkan asas yang kukuh dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala.

Ini adalah kali pertama provinsi Guangdong bersama-sama dengan Hong Kong dan Makau mengadakan sesi perbincangan di Indonesia. Sesi seperti itu merupakan wadah baharu dalam kerjasama antara China dengan Indonesia.

Naib Pengerusi Program Rancangan Jawatankuasa Pelaburan Indonesia, Tamba Hutapea berkata, kini jumlah syarikat China yang melabur di Indonesia semakin meningkat. Pelaburan tersebut melibatkan hidroelektrik, simen, jentera, prasarana dan perdagangan. Kerajaan negaranya bersedia untuk memberikan keutamaan dan perkhidmatan kepada pelabur China dalam urusan pembayaran cukai dan pengumpulan modal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China