Cari:
Institut Konfusius Jalan Sutera Maritim Ditubuhkan di Thailand
2015-06-25 15:03:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Institut Konfusius Jalan Sutera Maritim yang pertama di dunia ditubuhkan di Bangkok, Thailand semalam. Institut ini dianjurkan oleh Universiti Burapha Thailand bersama-sama dengan 26 buah agensi pendidikan.

Presiden Institut Konfusius Jalan Sutera Maritim, Chao Khun Thongchai berkata, penubuhan institut ini bertujuan untuk membangunkan dan menaik taraf bahasa Mandarin di Thailand sebagai pusat Jalan Sutera Maritim, dan mempertingkatkan pertukaran dan perkhidmatan dalam pelbagai bidang antara China dengan Thailand.

Duta Besar China ke Thailand, Ning Fukui pula berkata, Institut Konfusius Jalan Sutera Maritim diharap dapat menjadi wadah pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China