Cari:
Malaysia, China Bakal Raih Manfaat Pertumbuhan Kemakmuran
2015-06-26 13:25:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Gabungan usaha Malaysia, China dan Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) akan memastikan rakyat kedua-dua negara dapat menikmati manfaat hasil pertumbuhan kemakmuran bersama.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata prospek peningkatan hubungan ekonomi tersebut menjadi lebih ketara sejajar dengan status China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009 dan antara 10 pelabur asing utama negara itu.

Beliau berkata, jumlah perdagangan Malaysia dengan China pada 2014 adalah sebanyak RM238 bilion. Angka ini mewakili 14.3 peratus daripada keseluruhan perdagangan Malaysia pada 2014 dan meningkat 2.2 peratus berbanding 2013.

Menurut Mustapa, pada bulan Januari hingga April 2015, jumlah perdagangan Malaysia dengan China meningkat sebanyak 1.2 peratus kepada RM67 bilion berbanding dengan tempoh yang sama pada 2014. Setakat 31 Disember tahun 2014, sebanyak 182 projek perindustrian yang melibatkan China telah dilaksanakan dengan nilai pelaburannya sebanyak RM10.6 bilion.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China