Cari:
Forum Tentang Sejarah Pencerobohan Jepun di Asia Tenggara di Jakarta
2015-06-26 14:47:04 CRI Cetak

Forum tentang sejarah pencerobohan Jepun di Asia Tenggara semasa Perang Dunia II diadakan di Jakarta semalam. Para perwakilan dari Indonesia, Singapura dan Malaysia ketika menyampaikan ucapan telah mengimbas kembali sejarah penderitaan semasa Perang Dunia II, menyeru masyarakat awam agar tidak melupakan sejarah, memperingati askar yang telah terkorban, berwaspada dengan kegiatan militarisme dan menghargai kedamaian.

Seorang warga Indonesia keturunan Cina yang berusia 90 tahun lebih, Yang Jinfeng berkata, tidak melupakan sejarah tidak bermakna menanam rasa dendam. Yang diharapkan agar generasi muda akan sentiasa berwaspada dengan peperangan yang kejam dan memastikan tragedi seperti itu tidak berulang lagi.

Presiden Institut Penyelidikan Perang Dunia II Singapura, Guo Wenlong menyatakan bahawa walaupun Perang Dunia II telah berakhir, namun dunia masih belum aman. Baru-baru ini, Jepun dan Filipina telah menjalankan latihan ketenteraan di Laut China Selatan sehingga menimbulkan ketegangan di rantau ini. Oleh itu, ancaman perang masih wujud lagi.

Ketua editor Harian Inhua Indonesia, Bambang Suryono pula berkata, Indonesia, Singapura dan negara Asia Tenggara lain pernah mengalami pencerobohan Jepun dalam Perang Dunia II, sejarah tersebut mesti diingati oleh seluruh rakyat Indonesia buat selama-lamanya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China