Cari:
Han Qide Melawat Kemboja
2015-06-27 14:47:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Rombongan Persatuan Keamanan dan Perlucutan Senjata Rakyat China yang diketuai pengerusinya, Han Qide mengadakan lawatan ke Kemboja pada 25 hingga 28 Jun ini atas undangan Dewan Senat Kemboja.

Dalam tempoh lawatan itu, Han, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Dewan Senat Kemboja, Say Chhum, Pengerusi Kongres, Heng Samrin dan Naib Perdana Menteri, Sok An. Selain itu, Han Qide turut menghadiri persidangan yang bertemakan "peluang dan cabaran dalam kerjasama China dan Kemboja".

Dalam persidangan tersebut, kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat dan mencapai konsensus yang meluas berhubung kerjasama dalam rangka gagasan "Satu Jalur dan Satu Laluan" (OBAOR), hubungan antara parlimen, persahabatan dalam kalangan rakyat serta isu-isu hangat di dunia dan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China