Cari:
Majlis Ulang Tahun Peringati Tragedi MH17 11 Julai Ini
2015-06-27 15:15:46 CRI Cetak
Majlis ulang tahun pertama bagi memperingati mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine tahun lepas akan diadakan pada 11 Julai nanti.

Menteri Pengangkutan Malasyia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata majlis berkenaan akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata, Malaysia amat mengambil berat apa yang berlaku ke atas pesawat itu dan berazam membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Sementara itu, Liow berkata kementeriannya dimaklumkan laporan akhir penyiasatan ke atas tragedi pesawat MH17 sedang disiapkan dan yakin akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Tragedi pada 17 Julai 2014 itu mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan, termasuk 44 rakyat Malaysia.

(sumber daripada BERNAMA Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China