Cari:
Malaysia Mahu Projek HSR Berakhir di Johor Bahru
2015-06-29 16:00:44 CRI Cetak

Kerajaan Malaysia sedang meneliti secara terperinci cadangan beberapa pihak yang mencadangkan terminal perkhidmatan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) itu berakhir di Johor Bahru dan bukannya di Singapura.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, semua pendapat dan input yang diterima termasuk daripada ahli Parlimen serta pihak berkuasa pengangkutan negara sedang dikaji.

Selepas menyampaikan sumba­ngan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Sri Gading semalam, Datuk Abdul Aziz berkata, Malaysia mempunyai kuasa mutlak sekiranya projek ter­sebut berakhir di Jo­hor Bahru seperti ca­dangan awal kerana projek tersebut akan memberikan manfaat kepada ekonomi negara tanpa perlu merujuk kepada negara jiran berkenaan.

Dalam pada itu, Kementerian Pe­­ngangkutan Singapura (MOTS) me­nyatakan rasa ter­kejut dengan cadangan Kuala Lumpur itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China