Cari:
Singapura, Australia Jalin Perkongsian Strategik Menyeluruh
2015-06-30 15:56:31 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan rakan sejawatnya dari Australia, Tony Abbott, semalam menandatangani pengisytiharan bersama Perkongsian Strategik Menyeluruh yang akan mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Antara inisiatif yang diusulkan termasuklah usaha untuk menyepadukan ekonomi kedua-dua negara, yang turut merangkumi semakan semula bagi Perjanjian Dagangan Bebas Singapura-Australia, yang akan menawarkan peluang-peluang baharu dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Bagi kerjasama pertahanan, lebih banyak perkongsian maklumat risikan akan diusulkan, khususnya dalam bidang-bidang yang menjadi kepentingan bersama, seperti cabaran-cabaran baharu dalam membanteras fahaman pelampau dan pengganas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China