Cari:
Pertubuhan Bukan Kerajaan Singapura, Malaysia, Indonesia Gesa Jepun Teliti Sejarah
2015-06-30 16:13:47 CRI Cetak

Akhbar Indonesia Harian Inhua melaporkan, sarjana dan budayawan dari Singapura, Malaysia dan Indonesia telah mengedarkan Surat Terbuka untuk Shinzo Abe, di samping menghantar salinan surat tersebut ke kedutaan besar negara-negara berkenaan di Indonesia, selepas berlangsungnya forum memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Peperangan Anti-Fasis di Jakarta bermula pada 25 hingga 27 Jun lalu.

Surat terbuka tersebut menggesa Jepun melihat dengan teliti sejarah pencerobohannya yang telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Indonesia, Singapura dan Malaysia dan memaksa kira-kira 1,560 wanita Indonesia menjadi hamba seks.

Sarjana dan budayawan berkenaan juga mengkritik tindakan Jepun meminda Perlembagaan dan memutarbelitkan buku teks sejarah untuk menyembunyikan sejarah pencerobohan berkenaan. Mereka menggesa Jepun supaya membuat permohonan maaf dan mengkaji semula tindakan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China