Cari:
Operasi Mencari MH370 Disambung Semula
2015-07-02 15:17:20 CRI Cetak

Menurut Berita Harian Malaysia, operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Lautan Hindi disambung semula hari ini.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, Kapal Fugro Discovery selesai menjalankan rutin menghantar bekalan semula dan sudah berlepas dari Pelabuhan Fremantle.

Kapal itu dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini untuk memulakan operasi pencarian.

Sementara itu, sebuah lagi kapal, Fugro Equator, juga sudah meninggalkan pelabuhan dan dijangka tiba di kawasan pencarian pada Isnin lalu untuk memulakan operasi berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia komited untuk meneruskan operasi mencari fasa kedua membabitkan tambahan kawasan seluas 60,000 kilometer persegi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China