Majlis sambutan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik China-Singapura diadakan di Beijing hari ini, yang diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC), Yu Zhengsheng, dan Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yan.
Yu ketika berucap dalam majlis tersebut menyanjung tinggi perkembangan hubungan kedua-dua negara sejak 25 tahun lalu.
Menurut beliau, China dan Singapura, seumpama sepasang sahabat yang akrab, sentiasa mengembangkan hubungan dua hala dengan menyepadukan kerjasama yang saling menguntungkan dengan strategi pembangunan negara masing-masing.
Selain projek Taman Industri Suzhou dan Kota Ekologi Tianjin, satu lagi projek kerjasama yang memfokuskan kesalinghubungan ekonomi dan perkhidmatan akan menjadi penggerak baharu dalam memperkasakan kerjasama kedua-dua pihak.
Presiden Tony Tan yakin prospek hubungan kedua-dua negara amat cerah. Beliau berharap agar hubungan tersebut akan dapat dikukuhkan lagi untuk 25 tahun akan datang demi manfaat rakyat kedua-dua negara.