Cari:
Korban Feri Karam Filipina Catat 51
2015-07-04 15:12:57 CRI Cetak

Utusan Malaysia melaporkan, angka kematian akibat kejadian feri karam di perairan Filipina, Khamis lalu, meningkat kepada 51 orang ketika operasi mencari dan menyelamat dihentikan selepas tiada lagi mayat ditemukan.

Terdahulu, pegawai polis kanan bertanggungjawab, Cif Superintenden Asher Dolina berkata, ombak besar dan arus deras menyebabkan pasukan penyelamat membatalkan operasi berkenaan di kawasan dasar laut, namun bot-bot masih melakukan proses pencarian di permukaan air.

Sehingga kini seramai 134 mangsa berjaya diselamatkan.

Jurucakap pengawal pantai, Armand Balilo dalam temuramah bersama stesen radio Filipina berkata, siasatan berkenaan punca dan bagaimana feri tersebut tenggelam akan dijalankan hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China