Cari:
Malaysia Tegas Jaga Ekonomi dan Demokrasi
2015-07-06 11:43:57 CRI Cetak

Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia dan Polis Diraja Malaysia memberikan amaran tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasa undang-undang sepenuhnya terhadap sesiapa sahaja yang cuba membahayakan ekonomi Malaysia dan proses demokrasi di negara itu.

Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mene­gaskan, sejak beberapa bulan lalu terdapat percubaan daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap ekonomi negara dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi sedangkan sumber utama dakwaan-dakwaan itu adalah daripada data yang dikatakan dicuri oleh individu yang kini ditahan dan disiasat atas tuduhan cubaan mengugut dan melakukan pemerasan.

Kata beliau, proses siasatan mengenai isu kebocoran maklumat ber­kenaan sedang dijalankan. Oleh itu, semua pihak perlu mengelak daripada membuat komen-komen mengenai perkara itu yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China