Cari:
Najib Terharu Sokongan Pelbagai Pihak
2015-07-07 11:38:42 CRI Cetak

(NAJIB TUN RAZAK diiringi Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri) menyampaikan replika cek Dana Bakti Remaja kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat pada Majlis Perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dan Pelancaran Program Al-Shahadah Al-Ulya Ulul Albab sempena Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Besut, Terengganu, semalam.)

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan beliau akan berusaha menegakkan kebenaran yang bakal dibuktikan kelak ketika serangan terhadap kepemimpinannya yang dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus memuncak dari dalam dan luar negara.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta rakyat Malaysia supaya tidak bimbang dengan pelbagai dakwaan tidak berasas yang dilemparkan itu dan tetap mengulangi pendirian tidak akan mengkhianati kepercayaan rakyat terhadapnya.

Beliau turut menyatakan rasa terharu dan berterima kasih dengan sokongan pelbagai pihak, termasuk daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.

Haron menyatakan bahawa adalah tidak masuk akal Perdana Menteri akan menyalahgunakan wang rakyat ratusan juta ringgit dengan memasukkannya ke dalam akaun peribadi seperti yang didakwa Wall Street Journal (WSJ).

Menurut Najib, sememangnya tidak masuk akal beliau tergamak berbuat demikian sehingga sanggup mengkhianati rakyat.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China