Cari:
Kes MERS-Cov Kedua di Filipina
2015-07-07 11:41:54 CRI Cetak

Menurut akhabar Lianhe Zaobao Singapura, Kementerian Kesihatan Filipina mengesahkan seorang lelaki asing yang tiba di Manila dari Dubai pada bulan lalu dijangkiti wabak virus Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-Cov). Ini merupakan kes MERS-Cov kedua di negara itu. Namun, kerajaan Filipina tetap menyatakan bahawa wabak tersebut tidak menular di negaranya.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Filipina, pesakit yang berusia 36 ini berlepas dari Arab Saudi, melalui Dubai dan tiba di Manila. Simpton selesema dikesan pada pesakit tersebut 2 Julai lalu dan disahkan dijangkiti MERS-Cov pada 4 Julai. Pihak kementerian kesihatan sedang mencari dan menghubungi orang yang mempunyai kontak dengan pesakit tersebut, termasuk penumpang yang berada dalam pesawat yang sama dengannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China