Cari:
Jumlah Pelancong China ke Indonesia Meningkat
2015-07-07 13:43:36 CRI Cetak

Menurut Kementerian Pelancongan Indonesia, jumlah pelancong China ke negara itu meningkat 18.58 peratus pada lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, diikuti Mesir (16.21 peratus), India (13.56 peratus), Hong Kong China (11.19 peratus) dan Jepun (6.85 peratus).

Menurut Menteri Pelancongan Indonesia, Arief Yahya, jumlah pelancong China ke negara itu akan terus meningkat berikutan keputusan Indonesia memansuhkan visa kepada beberapa negara antaranya termasuklah China. Jumlah pelancong asing ke negara itu mencatat lebih 790 ribu orang pada lima bulan pertama tahun ini dengan peningkatan sebanyak 5.47 peratus. Beliau juga optimistik dengan matlamat 10 juta orang pelancong asing pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China