Cari:
China Mahu Rapatkan Kerjasama Sumber Tenaga dengan ASEAN
2015-07-07 14:20:30 CRI Cetak

Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu, menemui Pengarah Eksekutif Pusat Tenaga ASEAN, Sanjayan Velautham baru-baru ini. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama sumber tenaga antara satu sama lain.

Sanjayan Velautham berkata, ASEAN dan China melaksanakan pelbagai kerjasama dalam rangka kerjasama sumber tenaga ASEAN+3 dan telah membuahkan hasil. Pihaknya juga telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Pentadbiran Tenaga Negara China dan China General Nuclear Power Group (CGN) dalam sektor latihan tenaga nuklear, sumber tenaga bersih dan sumber yang boleh dibaharui. Pihaknya berhasrat untuk terus memperkasa kerjasama dengan China.

Xu pula berkata, China telah mengumpulkan pengalaman dan menguasai kemahiran dalam pembangunan sumber tenaga sejak 30 tahun lalu. China telah melaksanakan kerjasama dengan ASEAN dalam bidang perdagangan sumber, kemudahan infrastruktur, jaringan bekalan elektrik rentas sempadan dan sumber yang boleh dibaharui. Kedua-dua pihak perlu meneroka kerjasama dalam bidang penyelidikan dasar sumber dan sumber bersih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China