Cari:
Mesyuarat Ketua Biro Pendidikan Tinggi di Laos
2015-07-09 14:54:02 CRI Cetak

Mesyuarat Ketua Biro Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Negara Asia Tenggara ke-9 dirasmikan di Vientiane, Laos kelmarin.

Mesyuarat ini merupakan sidang tahunan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tinggi Serantau Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO RIHED). Naib Menteri Pendidikan Laos, Sengdeuane Lachanthaboune, menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian tersebut.

Perwakilan dari Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam turut hadir dalam mesyuarat itu. Pegawai dari Pusat China-ASEAN, Sun Xuejing juga diundang untuk menyertai mesyuarat tersebut.

Ketua Pengarah SEAMEO RIHED, Chantavit Sujatanond membentangkan projek pembangunan pendidikan tinggi anjuran pusatnya, antaranya termasuklah projek kerjasama dengan pusat tersebut, aktiviti lawatan delegasi Canselor universiti ASEAN ke China yang telah diadakan dengan jayanya selama dua tahun berturut-turut dan pelbagai aktiviti dalam Minggu Interaksi Pendidikan China-ASEAN yang telah bermula sejak tahun 2012.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China