Cari:
Industri Kereta Api Vietnam Hadapi Persaingan Sengit
2015-07-10 15:43:50 CRI Cetak

Menurut Vietnam Economic Times, seiring dengan perkembangan industri penerbangan kos rendah dan lebuh raya, industri pengangkutan kereta api menghadapi persaingan sengit dan semakin sukar untuk meneruskan operasi di negara itu.

Menurut Ketua Pengurus Syarikat Kereta Api Vietnam, Vu Ta Tung, pendapatan syarikatnya mencatat VND3.6151 trilion (RM7.22 juta) pada setengah tahun pertama tahun ini, bersamaan dengan 95.4% pendapatan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Untuk menghadapi persaingan itu, Syarikat Kereta Api Vietnam akan memperuntukkan modal untuk membaiki kemudahan dan syarat operasi yang sedia ada, meningkatkan kelajuan, serta memperbaiki mutu perkhidmatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China