Cari:
MH17: Siasatan Selesai Hujung Tahun
2015-07-11 14:43:09 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) lima negara dijangka dapat menyelesaikan siasatan berkaitan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 terhempas pada hujung tahun ini.

Najib berkata, pasukan penyiasatan yang dianggotai Australia, Malaysia, Belgium, Belanda dan Ukraine kini mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai kemungkinan punca tragedi yang menimpa MH17.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Upacara Mengingati Tragedi MH17 di Kuala Lumpur hari ini.

Najib berkata, tujuan penyiasatan jenayah yang sedang dijalankan ini bagi membawa mereka yang bertanggungjawab yang mengakibatkan insiden malang itu ke muka pengadilan. Semua mekanisme pendakwaan juga sedang dipertimbangkan.

--UTUSAN

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China