Cari:
Gunung Raung di Jawa Timur Meletus
2015-07-11 14:55:41 CRI Cetak

Lima lapangan terbang di Indonesia terpaksa ditutup termasuk di Bali dan Lombok selepas berlaku letusan gunung berapi di Gunung Raung, Jawa Timur, keadaan yang dijangka mempengaruhi jadual penerbangan orang ramai pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri.

Ketika ini, sebanyak 250 pe­nerbangan telah dibatalkan me­nyebabkan beribu-ribu penum­pang terkandas di lapangan ter­­bang terbabit.

Menteri Pengangkutan Indonesia, J.A. Barata berkata, pihaknya terpaksa mengambil keputusan menutup lapangan terbang berikutan debu yang dikeluarkan oleh Gunung Raung itu mengehadkan jarak penglihatan dan dikhuatiri membahayakan pesawat.

Gunung Raung yang terletak berhampiran Bali mula meletus sejak seminggu lalu dengan mengeluarkan asap dan abu yang boleh mengganggu penerbangan pesawat di kawasan berhampiran.

Pelbagai syarikat penerbangan, termasuk Garuda Indonesia membatalkan penerbangan ke Bali hari ini dan semalam yang menyebabkan pelancong terkandas di pulau percutian terkenal itu.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China