Cari:
China Bantah Masalah Imigrasi Haram Dipolitikkan
2015-07-11 14:53:12 CRI Cetak

Membanteras imigrasi haram merupakan tanggungjawab dan kewajipan masyarakat antarabangsa, China menentang masalah ini dipolitikkan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying ketika mengulas tindakan Thailand menghantar pulang lebih 100 warga China yang memasuki wilayah Thailand secara haram.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) dan Turki menggesa China dan Thailand mematuhi peraturan antarabangsa serta menggesa Thailand menghentikan tindakan mengusir pelarian dan membenarkan mereka pergi ke negara yang dikehendaki.

Sehubungan dengan itu, Hua berkata, baru-baru ini China dan Thailand mendapati sesetengah warga China memasuki Thailand secara haram dan terkandas di negara itu. Keputusan penyiasatan bersama kedua-dua negara ini menunjukkan, mereka adalah imigran haram. Thailand menghantar pulang mereka berdasarkan konvensyen antarabangsa dan perjanjian kerjasama dua hala.

Hua Chunying menambah, beberapa negara menyebut imigran haram ini sebagai pelarian dan mengkritik kerjasama yang normal antara China dengan Thailand, malahan berniat mempolitikkan masalah ini. China dengan tegas menentang kegiatan yang membiarkan imigrasi haram yang melanggar undang-undang antarabangsa itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China