Cari:
150,000 warga Indonesia di Malaysia dijangka pulang sambut Aidilfitri
2015-07-12 15:32:24 CRI Cetak

Kira-kira 150,000 warga Indonesia yang berada di Malaysia dijangka pulang ke kampung halaman mereka bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.

Beliau berkata, semua warga Indonesia berkenaan kebanyakannya akan menggunakan pengangkutan darat dan air melalui pelabuhan sedia ada di negara ini dan sehubungan itu mereka dinasihatkan pulang melalui prosedur serta laluan yang betul bagi menjamin keselamatan mereka.

Menurut beliau, seramai 171 warga Indonesia telah ditahan setakat ini kerana mahu pulang ke Indonesia melalui jalan tidak sah dengan 59 orang daripadanya ditahan dalam sebuah kapal tangkapan ikan di perairan Shah Alam minggu lepas.

- BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China