Cari:
Najib: Mereka yang Berniat Jejaskan Keharmonian akan Dikenakan Tindakan
2015-07-14 13:02:45 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam artikel yang ditulis pada 13 Julai lalu berkata, pihak polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang berniat menjejaskan keharmonian kaum di negara itu.

Beliau berkata demikian ketika mengecam tindakan pengguna-pengguna media sosial yang menggunakan isu pergaduhan di Plaza Low Yat untuk menyebarkan maklumat palsu dan mencetuskan ketegangan antara kaum di negara itu.

Beliau dalam artikel itu juga mengingatkan rakyat supaya tidak menyebarkan khabar angin melalui laman sosial. Beliau telah meminta Kementerian Dalam Negeri, dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjalankan pemantauan, serta mengenakan tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China