Cari:
China Bantah Filipina Failkan Prosedur Timbang Tara Isu Laut China Selatan
2015-07-14 15:13:59 CRI Cetak

China membantah prosedur timbang tara yang difailkan oleh pihak Filipina tentang isu Laut China Selatan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar di Beijing hari ini juga menggesa Filipina supaya kembali ke landasan yang betul bagi menyelesaikan isu berkenaan menerusi rundingan.

Jurucakap itu berkata, tindakan Filipina menduduki sebahagian pulau dan terumbu karang di Kepulauan Nansha milik China sejak tahun 1970-an adalah antara punca yang menyebabkan perselisihan kedua-dua negara dalam isu Laut China Selatan. China yang merupakan mangsa dalam hal tersebut tetap bersabar demi memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.

China tetap komited menyelesaikan perselisihan dengan negara-negara yang terlibat langsung dalam isu kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim, berdasarkan fakta sejarah dan undang-undang antarabangsa.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China