Cari:
Filipina, AS Kongsi Maklumat Akaun Individu Melalui FATCA
2015-07-15 12:06:24 CRI Cetak

Filipina dan AS memeterai perjanjian antara kerajaan berhubung pelaksanaan Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing (FATCA) di Manila baru-baru ini.

TV ABS-CBN Filipina melaporkan, di bawah perjanjian itu, institusi kewangan Filipina akan mengaudit akaun-akaun melebihi USD 50 ribu (MYR 190 ribu) yang dipegang oleh warga AS, manakala institusi kewangan di AS pula membuat sedemikian terhadap pemegang akaun warga Filipina di negara itu.

Dimaklumkan, FATCA disusun untuk mencegah pengelakan bayaran cukai oleh warga AS atau penduduk yang memegang akaun asing atau pelaburan luar pesisir. Di bawah peraturan-peraturan FATCA itu, institusi kewangan asing perlu mengenal pasti juga entiti-entiti di bawah kawalan AS dan menyediakan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) dengan maklumat mengenai aset mereka, bayaran pendapatan dan aliran perdagangan dalam tahun fiskal.

Sehingga ini, sebanyak 219 bank di Filipina terlibat dalam pemeteraian perjanjian FATCA berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China