Cari:
Ahmad Husni: Tiada Bukti Salah Laku dalam 1MDB
2015-07-15 16:05:15 CRI Cetak

Laporan awal Ketua Audit Negara Malaysia mengesahkan tiada bukti salah laku terhadap tuduhan yang dilemparkan ke atas syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataan semalam berkata, dakwaan dana sebanyak RM42 bilion telah hilang daripada akaun 1MDB dan USD 700 juta (RM2.6 bilion) telah disalurkan ke dalam akaun peribadi seorang individu adalah tidak berasas.

Beliau berharap agar semua spekulasi terhadap 1MDB dapat dihentikan dan pihak-pihak terbabit dapat bersabar serta menunggu laporan akhir Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

(sumber Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China