Cari:
Sarjana Asia Tenggara Gesa Abe Akui Kebanaran Sejarah
2015-07-17 14:00:41 CRI Cetak

Sarjana dari Indonesia, Singapura dan Malaysia mengeluarkan surat terbuka kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe baru-baru ini, membantah tindakan kabinet Abe meminda Perlembagaan Damai, di samping menggesa Abe mengakui sejarah pencerobohan Jepun dan memohon maaf.

Surat terbuka itu ditulis bersama oleh sarjana dari ketiga-tiga negara itu, termasuk Ketua Editor Harian Inhua Indonesia, Bambang Suryono. Mereka dalam surat terbuka itu membantah keras tindakan Jepun meminda Perlembagaan Damai kerana ia dianggap tindakan keji untuk menghidupkan semula fahaman militarisme.

Surat terbuka itu turut menggesa Jepun supaya mencontohi Jerman untuk mengakui fakta sejarah dengan tulus iklhas dan memohon maaf atas dosanya terhadap rakyat di rantau Asia semasa Perang Dunia II.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China