Cari:
Zhang Gaoli Temui Nguyen Phu Trong
2015-07-19 15:35:14 CRI Cetak

Anggota Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Naib Perdana Menteri, Zhang Gaoli mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong di Hanoi pada 17 Julai lalu.

Zhang dalam pertemuan itu menyatakan kesediaan pihak China untuk terus memperkukuh persahabatan dan kerjasama dengan Vietnam bagi memastikan persahabatan turun-temurun antara rakyat kedua-dua negara.

Tambah beliau, ketika berhadapan dengan situasi antarabangsa yang rumit pada masa ini, perkembangan hubungan China-Vietnam yang sihat dan stabil dan peningkatan kerjasama dan interaksi antara kedua-dua parti berfaedah bagi menerajui pembangunan sosialis di kedua-dua negara, dan keamanan serantau. Pihak China bersedia memperkasakan lagi interaksi peringkat tinggi dengan Vietnam, di samping mengintensifkan kordinasi strategi dan mengendalikan perselisihan dengan baik. China juga bersedia untuk memperdalam kerjasama dalam bidang perindustrian dan program ke arah mewujudkan kesalinghubungan berdasarkan prinsip saling menguntungkan.

Nguyen Phu Trong pula berkata bahawa pihaknya memberikan keutamaan kepada perkembangan hubungan rakan kerjasama strategik yang menyeluruh dengan China. Sejak menyandang jawatan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, beliau telah dua kali melawat ke China dan tiga kali mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung Parti Komunis China, Xi Jinping menerusi telefon. Dalam pada itu, kedua-dua pihak mencapai persepakatan yang luas tentang peningkatan hubungan antara kedua-dua parti dan negara, di samping menyatakan komitmen untuk mengekalkan persahabatan turun-temurun Vietnam-China. Kedua-dua pihak diharapkan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh persepakatan yang dicapai bagi memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China