Cari:
Wakil Myanmar Sertai Kem Persahabatan Interaksi Belia Antarabangsa Shanghai ke-11
2015-07-20 11:43:29 CRI Cetak

Persatuan Persahabatan Myanmar-China mengadakan sidang pengerahan di Yangon, Myanmar pada 18 Julai lalu untuk wakil-wakil yang akan buat pertama kali dihantar ke Shanghai China untuk menyertai Kem Persahabatan Interaksi Belia Antarabangsa ke-11.

Naib Pengerusi Persatuan Persahabatan Myanmar-China, U Soe Win ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat itu menyatakan bahawa beliau berharap golongan belia Myanmar memahami sejarah dan menyemarakkan semangat dan tradisi yang unggul generasi lama, sekali gus memberi sumbangan yang positif bagi perkembangan hubungan persahabatan antara Myanmar dan China.

Aktiviti Kem Persahabatan Interaksi Belia Antarabangsa ke-11 akan diadakan di Shanghai dan Ningbo, provinsi Zhejiang China pada 21 hingga 31 Julai depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China