Cari:
Singapura dan Hong Kong Perlu Manfaatkan Peluang Pembinaan OBAOR
2015-07-20 14:21:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Ketika berdepan dengan peluang yang disediakan dalam pembinaan Satu Jalur, Satu Laluan (OBAOR), Hong Kong, China dan Singapura perlu memberi respons segera, memanfaatkan kelebihhan kerjasama dan jangan melepaskan peluang yang baik tersebut.

Demikian dinyatakan oleh bekas Menteri Luar Singapura, Yeo Yong Boon pada 18 Julai lalu.

Menurut Yeo, Laluan Sutera Maritim Baharu dalam inisiatif OBAOR membawa banyak peluang kepada Singapura dan Hong Kong untuk memperoleh faedah. Kedua-dua bandar perlu memberi respons segera dan memanfaatkan peluang itu. Beliau juga menggesa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Singapura untuk menaruh perhatian terhadap perkembangan China dan jangan melepaskan peluangan yang baik.

Yeo Yong Boon menambah, Singapura dan Hong Kong mempunyai latar belakang perkembangan yang serupa, dan boleh saling mempelajari dalam pelbagai bidang. Contohnya, Singapura pernah menimba pengalaman pembentukan sistem landasan kereta api dan pembinaan perumahan awam Hong Kong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China