Cari:
Insiden Plaza Loe Yat Dicampuri Isu Politik
2015-07-20 14:52:16 CRI Cetak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Joseph Kurup yang bertanggungjawab bagi perpaduan negara baru-baru ini menyatakan bahawa insiden pergaduhan di Plaza Low Yat telah berubah dari kes pencurian telefon bimbit kepada "rusuhan perkauman" berikutan campur tangan kekuatan politik dan dihasut sesetengah orang. Ini merupakan kali pertama pegawai Malaysia mendakwa insiden itu merupakan rusuhan perkauman yang dihasut kuasa dibelakang.

Tan Sri Joseph Kurup ketika diwawancara oleh Akhbar Harian Sinchew menyatakan bahawa insiden di Plaza Low Yat yang melibatkan faktor politik berlaku berikutan hasutan sesetengah ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan demi tujuan politik mereka.

Beliau juga mengutuk pengguna internet yang tidak bertanggungjawab dan mengedarkan maklumat yang tidak benar dan mengandungi pandangan berbaur perkauman melalui media sosial. Beliau menggesa pihak berkuasa mengetatkan pengawalseliaan terhadap media sosial.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China