Cari:
Malaysia Seru PBB Tubuhan Tribunal Khas bagi Nahas MH17
2015-07-21 11:39:05 CRI Cetak

Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan semalam menegaskan, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu mengambil tindakan jelas dan tegas ke atas pihak yang bertanggungjawab menjatuhkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, penubuhan tribunal oleh UNSC sebelum proses siasatan diselesaikan dapat memastikan tribunal tersebut bebas daripada pengaruh politik.Malaysia, Australia, Belgium, Belanda dan Ukraine sebelum itu meminta ahli UNSC menyokong usul penubuhan tribunal jenayah antarabangsa untuk mengadili pihak yang terlibat menembak jatuh pesawat MH17 pada 17 Julai tahun lalu.

Kementerian Luar menjelaskan, siasatan keselamatan udara yang sedang dijalankan adalah bertujuan mengenal pasti punca nahas MH17 dan bukannya menyiasat dalam aspek jenayah atau mengenal pasti dalang kejadian itu.

Menurut Kementerian itu, untuk memastikan proses pendakwaan pada masa depan tidak terjejas, hasil siasatan dirahsiakan dan tidak akan diterbitkan dalam bentuk laporan kepada orang awam melainkan untuk kegunaan pihak pendakwa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China