Cari:
Singapura Harap Perkasakan Kerjasama dengan China
2015-07-22 13:46:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Singapura berharap dapat memperkasakan kerjasama dengan China, menggalakkan penaiktarafan perjanjian perdagangan bebas bilateral dan projek kerjasama antara kerajaan Singapura-China ketiga.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata demikian dalam jamuan tengah hari bagi penutupan sidang tahunan Forum Global Masa Depan China 2015 yang diadakan pada 21 Julai lalu.

Lee Hsien Loong menyatakan bahawa sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 25 tahun lalu, hubungan Singapura-China semakin dikukuhkan. Kedua-dua negara mengekalkan kerjasama yang erat dalam bidang politik, kerjasama serantau, ekonomi, pelancongan dan pertukaran akademik. Singapura sedang giat menggalakkan projek kerjasama antara kerajaan Singapura-China ketiga. Projek ini berkoordinasi dengan strategik penerokaan kawasan barat China dan mengutamakan kesalinghubungan.

Beliau juga berharap gagasan Satu Jalur, Satu Laluan (OBAOR) atas inisiatif China dapat menggalakkan pembangunan Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China