Cari:
1MDB: Dow Jones Masih Gagal Beri Pengesahan
2015-07-22 13:54:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Penerbit The Wall Street Journal (WSJ) AS, Dow Jones hari ini masih gagal untuk memberi pengesahan berhubung pendiriannya dalam artikel yang mendakwa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menyelewengkan wang hampir USD 700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketika dihubungi pemberita, peguam Wan Azmir Wan Majid daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili perdana menteri, berkata tempoh 14 hari yang diberi kepada Dow Jones untuk menjawab surat pengesahan berhubung pendiriannya itu berakhir hari ini.

Beliau juga berkata surat pengesahan yang dihantar pada 8 Julai lepas kepada penerbit WSJ itu masih belum dijawab sehingga kini.

Pada 8 Julai lepas, perdana menteri melalui peguam beliau telah menghantar surat kepada Dow Jones meminta pengesahan tentang pendiriannya berkaitan dakwaan dalam artikel-artikel yang disiarkan oleh WSJ pada 2 dan 6 Julai.

(sumber daripada BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China