Cari:
Pertumbuhan Ekonomi Singapura Meningkat 2.3% dalam Separuh Pertama 2015
2015-07-22 15:29:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat 2.3% pada separuh pertama tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Kadar pertumbuhan ini dijangka boleh dikekalkan dalam separuh tahun kedua tahun ini.

Data tersebut diumumkan dalam sidang media bagi Laporan Tahunan 2014-2015 yang dikeluarkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang diadakan semalam.

Data tersebut selaras dengan jangkaan yang dibuat oleh kerajaan Singapura sebelum ini, iaitu mencatat 2% hingga 4% pada tahun ini.

Namun menurut data yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura, ekonomi negara itu hanya meningkat 1.7% pada suku kedua tahun ini, lebih rendah daripada 2.8% yang dicatat pada suku pertama tahun ini.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan MAS, Ravi Menon menyatakan bahawa MAS dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura akan membuat penilaian semula terhadap jangkaan pertumbuhan ekonomi Singapura tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China