Cari:
China dan Thailand Bentuk Mekanisme Kerjasama Landasan Kereta Api
2015-07-22 15:41:04 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang mengesahkan di Beijing semalam, China dan Thailand telah membentuk mekanisme kerjasama landasan kereta api.

Baru-baru ini, terdapat laporan tentang Menteri Perdagangan Thailand, Chatchai Sarikalya menyatakan bahawa Thailand dan China telah membentuk mekanisme kerjasama landasan kereta api dan juga telah mencapai persepakatan mengenai kebolehlaksanaan dan rangka pengkumpulan dana bagi projek kerjasama landasan kereta api, projek kerjasama berkenaan akan dimulakan menjelang penghujung tahun ini.

Shen Danyang menyatakan bahawa kerjasama kedua-dua pihak tersebut akan merangsang dengan berkesan pembangunan ekonomi di kawasan sepanjang landasan itu, memudahkan perdagangan komoditi dan kerjasama pelaburan antara China dan Thailand, bahkan China dengan negara ASEAN lain, serentak itu menggalakkan pembangunan sosioekonomi seluruh rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China