Cari:
Wang Yi Temui Diplomat-Diplomat Negara ASEAN di China
2015-07-22 15:56:50 CRI Cetak

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan diplomat-diplomat sepuluh negara anggota ASEAN di China semalam. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan China dan ASEAN.

Wang Yi berkata, Komuniti ASEAN akan ditubuhkan pada penghujung tahun ini. Komuniti yang akan menjadi komuniti subkawasan pertama di Asia itu merupakan batu penanda. China akan terus menyokong pembinaan Komuniti ASEAN dan peranan utama ASEAN dalam kerjasama Asia Timur.

Wang menyatakan bahawa tahun 2016 merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog antara China dan ASEAN, hubungan kedua-dua pihak menghadapi peluang perkembangan yang baharu. China bersedia mempercepat pelaksanaan "rangka kerjasama 2+7", giat memperluas kerjasama kapasiti pengeluaran serta menggalakkan pembinaan kesalinghubungan dan memantapkan kerjasama maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China