Cari:
China, Jepun Bersaing Bida Projek HSR Indonesia
2015-07-23 14:02:41 CRI Cetak

China dan Jepun masing-masing menunjukkan hasrat untuk membida projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Indonesia yang menghubungkan Jakarta dengan Bandung. Persaingan yang kompetitif itu menyebabkan kerajaan Indonesia mengundang sebuah agensi pihak ketiga sebagai kaunselor untuk menilai cadangan berkenaan yang masing-masing dikemukakan oleh China dan Jepun, sebelum membuat keputusan muktamad.

Dimaklumkan, projek HSR yang panjangnya kira-kira 150 kilometer itu mampu mengurangkan masa perjalanan antara Jakarta dengan Bandung kepada 36 minit berbanding dua atau tiga jam menerusi lebuh raya, pada masa ini. Projek tersebut turut diberi keutamaan oleh kerajaan. Kerja-kerja seperti memindahkan penduduk dan meruntuhkan bangunan di sepanjang landasan HSR berkenaan telah pun dimulakan.

Walau bagaimanapun, tekad kerajaan Indonesia untuk membangunkan projek HSR mendapat kritikan hebat daripada media tempatan, antara lain yang mendakwa tiada keperluan untuk membina satu lagi landasan kereta api baharu antara Jakarta dengan Bandung; ada yang mengecam kerajaan membazirkan bajet negara dalam projek seumpama itu; ada juga yang meragui sama ada rakyat negara itu mampu atau tidak menanggung kos perkhidmatan HSR. Namun begitu, kesemua kritikan dan kebimbangan tersebut tidak sedikit pun memadamkan keazaman kerajaan Indonesia untuk membina HSR. Difahamkan, projek Jakarta-Bandung berkenaan adalah projek HSR fasa pertama yang bakal menghubungkan Jakarta dengan Surabaya pada hari kelak, sekali gus sebahagian penting dalam usaha membaiki infrastruktur dalam negeri dan mewujudkan kesalinghubungan.

Minat Jepun untuk menyertai projek kereta api berkenaan amat tinggi. Empat tahun dahulu, Syarikat Perunding Pengangkutan Antarabangsa Jepun telah mengkaji kebolehlaksanaan pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi antara Jakarta dengan Bandung. Pada tahun ini, semasa lawatan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ke Indonesia, rancangan pembinaan yang agak terperinci serta pembiayaan bagi menjayakan projek itu telah diserahkan kepada Presiden Joko Widodo. Tokyo ingin melihat teknologi kereta api laju kebanggaan negaranya, Shinkansen, digunakan dalam projek HSR di Indonesia.

Di samping itu, China yang berpengalaman dalam teknologi pembinaan serta pengoperasian HSR, merupakan lawan yang kompetitif. Walaupun Beijing baru menyerahkan laporan kebolehlaksanaan projek HSR berkenaan kepada Jakarta, iaitu lewat hampir empat tahun berbanding Tokyo, tetapi kuasa terbesar di Asia ini mempunyai kelebihan tersendiri, seperti HSR China yang dilengkapi teknologi canggih dengan harga berpatutan, pinjaman berkonsesi kepada Indonesia, kerjasama dalam pengurusan dan pengiklanan, dan lain-lain. Pendek kata, China mengemukakan beberapa cadangan yang dapat membantu Indonesia memanfaatkan projek HSR itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China